Sunday, October 3, 2010

Heyyy...Itu kamu~~

Hidup ni bukan sekadar bangun pagi ..pergi kuliah @ kerja..makan..tidur.. Dalam kehidupan kita ada 'keajaiban' yang tak tercapai dek akal dan fikiran tapi kita hanya fikir mende yang dah ade depan mata jep. Sebenarnya ada sesuatu yang kamu tak pernah sedari dan langsung tak pernah terlintas di benak mu. Dalam erti kata lain "Ade aku kesahhhh" iaitu:

1Sekurang-kurangnya ade 5 orang dalam dunia ni yang
    menyayangi kamu dan sanggup mati kerna kamu. 
2 Sekurang-kurangnya ade 15 orang dalam dunia ni 
     menyayangi kamu dalam beberapa cara
3 Sebab utama seseorang itu membenci kamu kerna dia
   ingin jadi sepertimu.
Senyuman drpd kamu bisa membawa kebahagian kepada
      seseorang walaupun die tak suka kamu.(so, senyumlah..
      senyumlah ahai cek mek molekk~~~)
5 Setiap malam ade seseorang mengingati kamu sebelum
     die tidur.
6  Kamu amat bermakna dalam hidup seseorang.
7 Kalau bukan kerna kamu, seseorang itu takkan hidup
     bahagia~
Kamu seorang yang istimewa dan unik.
9 Seseorang yang kamu tidak kenali @ ketahui menyayangi
     kamu (secret admirer la tuh..xpon mak cik jual kueh depan
     umah ke.. tokey jual surat kabo lame ker.. kamu kan istimewa~) 
10Apabila kamu membuat kesilapan yang sangat besar, ade
        hikmah di sebaliknya.
11Sekiranya kamu rasa terpinggir, fikkirkanlah semula may be
       kamu yang meminggirkan diri sendiri.
12 Sekiranya kamu fikir bahawa kamu bisa menggapai ape yang 
     diinginkan, mungkin kamu takkan memperolehinya. Tetapi, 
     Kamu percaya pada diri sendiri, Insyaallah lambat-laun kamu
     akan memperolehinya.(Takkan lari gunung dikejar kawannn~)
13 Kenangilah setiap pujian yang diterima. Lupakan setiap cacian
       dan kutukan yang diterima. (Tapi klo org puji tu jangan over pulak
       cam kera kena belacan giteww)
14 Jangan takut meluahkan perasaan. Kamu akan merasa tenang
       apabila seseorang mengetahuinya.
15Sekiranya kamu mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk
      bagitau die bahawa die yang terbaekk.. U r Da BeSt Babehhhh~ 

p/s Moral of da story..Jangan la sedey2 sangat... Rasa kesunyian la.. Ape la..  
  Yang pasti ade yang sayang..rindu bangat sama kamoo... wokehhh~~ (nn,)v

Gadis itu BeSt BuDDy ku~

ReNu
Siapakah gadis ini? Mungkin pada anda "she just a typical Indian girl".. but to me, she's more than that.. R.E.N.U~ ini bukan produk  penjagaan contact lens okeyy... This is my buddy..Best Buddy.... Hampir 20 tahun kteorang berkawan.. Dari kecik sampai la besar,bleh jadi mak budak..

Kteorg membesar sama-sama.. Dulu umah kteorang dekat jer.. kentut pon bley dengar.. hehe.. Dulu petang2 slalu main sama.. Main galah panjang, bola beracun, konda-kondi, selipar tiga, rondas dan macam-macam lagi la...Selain kteorg, ade lagi la bebudah lain; Yogeetha, Anita, Pravena Azwan, Mek etc..Kteorang pon selalu main tarzan.. Bergayut kat ranting pokok jejawi sambil merentasi longkang dan jerit kuat-kuat "o0o0o0o~~" Sampai la satu ari tu abah aku pi potong ranting berjurai pokok jejawi tu... Terus tak bley main tarzan-tarzan lagi dah.. kuciwa sungguh~~

Dulu kteorang slalu ronda-ronda naik basikal ramai-ramai. Ade sekali tu, kteorg bawak laju-laju turun bukit sambil jerit " Senariooooo~~" coz mse tu cite senario memang femes.. kteorg kayuh punye lah laju sampai terbabas dalam semak.. pastu gelak-gelak... best time tu.. rse cam nak undur balik jer ke zaman budak-budak. Aku duduk situ sampai darjah 6. Pastu kteorang masing-masing pindah... 

Tapi persahabatan kteorg x stop sampai situ tau. Rupa-rupanya kteorg ditempatkan kat sekolah menengah yang sama; Methodist Girl's Secondary School(MGS). Sepanjang lima tahun tu ade la sekali kteorg kelas sama, mse Form 3. Duduk sebelah-sebelah. Mse tu jugak la aku knal rapat ngan venessa dan shandra. Si suganthi aku knal mse Form 1 lagi. Budak ni la yang suka sangat tarik tudung aku dlu.. Last-last jadi juniour aku kt UMT. Muka die sangat baik. tapi jangan terperdaya die sangat nakal orangnya..huahuahua~~~
Yaya, Renu,Sugan & Yogeetha

Habis je SPM, Renu dapat masuk matrik(KMPh), aku pulak masuk Form 6(SABS) skali dengan Liyana & Suganthi. Ct ngan Venesa kat MGS. Sdeyy giler tyme tu tak dapat masuk matrik. Pastu, aku dan Liyana wat la rayuan.. Alhamdulillah, kteorg dapat masuk matrik. Liyana dapat kat matrik kedah dan aku dapat kt KMPh. Sekali lagi, aku dan Renu belajar kat tempat yang sama.. Aku amik sains hayat dan renu amik akaun.. Sepanjang aku kat situ, Renu banyak tolong aku.. Tolong kejutkan aku tidur, teman aku tidor kt bilik tyme roomate aku tak de.. tyme aku down.. macam2 lagila.. yang aku paling appreciate sekali, few days before exam Mathematic Semester 2, die sanggup spent mse untuk ajar aku Math. Mse tu aku blurr giler.. Binomial bagai.. Arrgghh.. tensi dowh..Pas Renu ajar ade la aku paham cket2.. Nasib baik la die tolong aku, kalau tak mau aku fail Math & repeat matrix.. Tidakkkkk....
Yaya & Renu kat 'Starbuck' KMPh
After matrik, kteorang berpisah jua akhirnya.. Renu dapat kt UUM, aku kat UMT. Sorang kat utara..sorang kat pantai timur.. Tapi kteorang still keep in touch.. Sampai sekarang. if aku ade problem.. Msti aku call die untuk luah perasaan (especially masalah yang melibatkan pertumpahan air mata..(cehh tada tahan ayat~~). She knows everything bout me... my favourite food, my crush, my background, my desire etc. Thank for everything  babe~~

  
                                                           

Saturday, October 2, 2010

Rahsia Tahi Lalat Anda



~T.A.H.I  L.A.L.A.T~ Sume orang dalam dunia ni ade tahi lalat. Ade yang besar..ade yang kecil.. yang mati.. yang hidup pon ade~ Ade orang cakap tahi lalat ni pembawa tuah dan penyeri wajah (kasi muka cun cket~~) ..
Betol ke tidak, wallahualam... So, ape tunggu lagi? pi la jengah tahi lalat anda dan lihat maksud tersirat tahi lalat kamo itu.. Kalau memberi maksud negatif dan tlah membuatkan anda tersentap, jangan marah saya k, marah lalat yang salah port untuk membuang..Enjoice~~

Bahagian Tubuh
Firasat
Kepala

-Terkabul cita-cita
-Sering menemui kegagalan
-Jujur, sabar & tekun
-Kurang jujur
Kepala sebelah kanan
Kepala sebelah kiri
Kepala sebelah belakang
Ubun-ubun
Kening

-Cerdas, cekap
-Cerdas, sopan santun
-Keras hati, berani dalam segala hal
Kening kanan
Kening kiri
Tengah hati
Mata

-Berfikiran negatif
-Pembohong tapi baik hati
-Baik hati, sopan santun cerdas
-Baik budi, murah rezeki
-Disayangi suami atau isteri
-Tidak mudah lupakan pasangan
-Baik budi, ramai yang cinta
-Baik hati, ramah, berjaya
-Baik budi, ramai yang suka
-Agak malas
-Agak bodoh, kurang bijaksana
Biji mata kanan
Biji mata kiri
Hujung mata kanan
Hujung mata kiri                 
Sudut mata kanan dalam
Sudut mata kiri dalam
Sudut mata kanan luar
Kelopak mata kanan atas
Kelopak mata kiri atas
Kelopak mata kanan bawah
Kelopak mata kiri bawah
Alis

-Suka menolong & baik hati
-Ramai yang suka
Alis kanan
Alis kiri
Hidung

-Banyak rezeki
-Ramai yang suka
Pada hidung
Batang hidung
Pipi

-Mempunyai ramai kawan
-Ramai yang suka
-Suka berkawan
Pipi kanan
Tengah-tegah pipi kanan
Tengah-tegah pipi kanan
Mulut

-kecil rezeki, tak mudah mengalah
-suka berfoya-foya
Hujung mulut kanan
Hujung mulut kanan
Bibir

-Banyak rezeki, pandai
-Ramai kawan,baik hati
-Disegani orang, orang ramai yang suka
-pandai bicara, cekal
Bibir atas kanan
Bibir atas kiri
Bibir bawah kanan
Bibir bawah kiri
Dagu

-Jujur, baik hati
-Bijaksana, berbudi pekerti
Dagu bawah kanan
Dagu bawah kiri
Leher

-Mudah mengapai cita-cita,
-Cerdas, memiliki banyak pengetahuan
-Cerdas, jujur, berani menderita
Leher di tengah
Leher kiri
Leher kanan
Bahu

-Cermat dalam membuat keputusan, banyak tanggungan
-Suka berkerja keras, banyak tanggungjawab
Bahu kanan

Bahu kiri
Dada

-Dapat mengatasi masalah
-Berani, jujur, sabar
Dada kiri
Dada kanan
Buah dada

-Baik hati, pendiam, suka menyimpan rahsia
-Ramai kawan, setia pada pasangan
Buah dada kanan
Buah dada kiri
Lengan

-Setia dan taat pada ketua
-Rajin, menepati janji
Lengan kanan
Lengan kiri
Pelipis

-Usahanya sentiasa bejaya
- Murah rezeki, mudah jadi kaya
Pelipis kanan
Pelipis kiri
Ketiak

-Pandai menyimpan rahsia
-Ramai yang cinta
Ketiak kanan
Ketiak kiri
Siku

-Berusaha kuat untuk memiliki kejayaan
-Baik hati, suka menolong
Siku kanan
Siku kiri
Jari

-Sentiasa beroleh keuntungan
-Rajin berkerja
-Murah rezeki tetapi boros
-Murah rezeki tetapi berjimat cermat
Tangan kanan
Tangan kiri
Telapak tangan kanan
Telapak Tangan kiri
Pinggang

-Sangat sayang pada pasangan
-Disayangi pasangan
Pinggang kanan
Pinggang kiri
Pusat

-Sangat sayang pada pasangan
-Sejahtera dalam hidup
-Beroleh kemuliaan
Dalam pusat
Pusat bahagian kanan
Pusat bahagian kiri
Perut

-Murah rezeki, mudah memaafkan
-Baik hati, tenang hidupnya
Perut bawah kanan
Perut bawah kiri
Punggung

-Kerap mengalami kesulitan
-Malas dan suka duduk
Punggung kanan
Punggung kiri
Peha

-Kuat kemahuan
-Suka berkerja
Pangkal peha kanan
Pangkal peha kiri
Lutut

-Bersikap tidak peduli dan enggan berusaha
-Kurang berusaha
Lutut kanan
Lutut kiri
Betis

-Suka berhibur, boros
-Rajin, tidak suka menganggur
Betis kanan
Betis kiri
Pergelangan kaki

-Suka keluar rumah
-Keinginan kuat
Pergelangan kaki kanan
Pergelangan kaki kiri
Tumit

-Jujur, banyak kawan
-Baik budi
Tumit kanan
Tumit kiri
Jari kaki

-Suka menolong
-Gemar berbudi,suka berbuat baik
Jari kaki kanan
Jari kaki kiri
Telapak kaki

-Tidak mudah terpengaruh
-Baik budi pekerti
Telapak kaki kanan
Telapak kaki kiri



Sunday, September 26, 2010

YaYa-Luahkanlah





Lirik-Luahkanlah

Bulan dan bintang menjadi saksi
Betapa tak keruannya hatiku
Adakah ini tandanya ku cinta kamu

Andai esok ada lagi
Kan ku ucapkan padamu
Bahawa diri ini
amat cintakanmu...

Berikanlah kunci hatimu
Agar bisa ku masuk ke dasar jiwamu
Bukalah pintu hatimu itu
Sesungguhnya ku tahu kau juga cintakanku

Luahkanlah rasa cintamu
Jangan buat aku tertunggu
Jangan pernah dustai kata hatimu

Ucapkanlah kata cintamu
Tulus ikhlas dari hatimu
Akan ku sambut salam kasihmu..
0o0o0o~~~

Rahsia Di Sebalik Posisi Tidur Anda



Apakah posisi tidur kamo?? Terlentang ka? Terkangkang ka? Terbungkang ka?? Ter..terr..arghh...pape pon kite check it oudulu wokeyy...


Posisi Tidur Terlentang

Posisi tidur terlentang sambil mendepangkan kaki dan tangan seluas-luas alam ala-ala tapak sulaiman ini mengambarkan anda sorang pecinta kebebasan, kekasih yg membawa rasa lega dan tenteram kepada pasangannya dan memuja kecantikan. Selain itu, anda juga seorang yang kaki kepoh dan ske bergosip. Boros juga salah satu sifat negatif anda, tapi nasib baik anda memperoleh wang yang banyak.


Posisi Tidur Kaki Bersilang

Pemilik posisi tidur ala-ala bos besar ni digambarkan sebagai seorang yang terlalu obses pada diri sendiri, sukar untuk menerima perubahan dan suka bersendirian. Walaubagaimanapun, anda juga seorg yg penyabar dan bertoleransi.


Posisi Tidur Beralaskan Lengan

Posisi tidur ini mengambarkan sang pemilik seorang yang sangat pintar dan bersemangat untuk mempelajari sesuatu. Kadang-kadang anda sering tampil dengan idea yg kegila-kegilaan sehingga membuatkan orang lain sukar untuk mengikutinya. Malah, anda amat mengambil berat terhadap keluarga tetapi amat sukar untuk mencintai seseorang. Erm...terlalu memilih kot~~


Posisi Tidur Meniarap

Erm..Adakah kamu tidur meniarap sepanjang malam? Pemilik posisi ini digambarkan sebagai seorang yang popular dan ramai kawan. Walaubagaimanapun, anda seorang yang berfikiran sempit, mementingkan diri sendiri dan selalu memaksa orang lain untuk mengikut kehendak kamu. Anda juga barangkali seorang tidak berfikir panjang dan tidak teratur. Haa...Apa tunggu lagi..Cepat-cepatlah tukar posisi tidur anda okeyy~~ 



Posisi Tidur Meniarap Tidur Mengiring

Posisi tidur sebegini mengambarkan anda seorang yang berkeyakinan, rajin dan berdedikasi. Malahan, anda akan menemui kejayaan dalam apa jua yang kamu lakukan dek kerana percubaan yang terus-terusan. Jika anda tidur mengiring di sebelah kanan, sambil tangan kanan di bawah kepala, kuasa dan masa depan yang baik tidak jauh dari genggaman .



Posisi Tidur Mengiring Dan Meringkuk( Posisi Fetal )

Jika kamu tidur dengan lutut rapat ke perut, dalam keadaan seakan-akan fetus di dalam rahim, ia mengambarkan anda seorang yang mementingkan diri sendiri, kuat cemburu, sensitif dan pendendam. Orang di sekeliling anda perlu berhati-hati, kerana anda seorang yang cepat meradang dan panas baran.





Posisi Tidur Mengiring( Beralaskan Lengan )

Berbeza dengan sebelumnya, pemilik posisi ini digambarkan seorang yang lemah lembut, sopan santun, ikhlas dan penyayang. walaubagaimanapun, tidak semua sempurna. Bina keyakinan diri anda belajar untuk menerima kesilapan serta ketidaksempurnaan. Nescaya, kebahagian akan menjadi milikmu.


Posisi Tidur Mengiring (Dengan Sebelah Kaki Bengkok)

Posisi ini mengambarkan anda seorang yang cerewet dan suka merungut. Anda seorang yang cepat gemuruh, mudah tertekan dan terlalu teruja terhadap perkara-perkara kecil. Jadi, belajar-belajar relax sikIt wokey








Posisi Tidur Meringkuk(Tidak Diketahui)
Pemilik postur ini berasa tertekan dan kesunyian kerana terlalu obses dengan kegagalan masa lampau.  Anda juga ragu-ragu dan teragak-agak untuk membuat keputusan serta memberi orang lain gambaran yang cinta telah lama hilang dari hidup anda.




Posisi Tidur Yang Menutupi Seluruh Badan

Sang pemilik posisi tidur yang berselungkup satu badan ni mungkin tampil macho di hadapan orang ramai, tetapi jauh di dalam sanubari, dan aseorang yang lemah dan pemalu. Anda juga seorang yang kuat memendam rahsia. jika anda mempunyai masalah, anda lebih rela berasa resah dan memendam sorang2 tanpa meminta pertolongan orang lain.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails