Thursday, June 30, 2011

Haiwan peliharaan~

Erm..Jika anda diberi pilihan.. haiwan apakah yang ingin anda pelihara?? Selama aku hidup ni aku dah bela beberapa haiwan antaranya:

1) Kucing
Hoho..kucing mmg pet feberet aku.,,Aku penah bela Abu(hilang slpas gambarnya di 'capture'), Tom(mati coz xmau makan), Mek, Comel and Ciku(kucing siam 2 beradik yang aku bela paling lama. Mati kekerasan coz sakit tua). Tapi, tu dulu2..zaman kecik2.. Bila dah beso, aku pun pindah umah. Then, abah aku dah x bagi bela kucing dah.. Die ckp "klo awok nk bela kucing.. Awok bagi makan die..Kencing, berak die , awak basuh".. Waa.. Aku tau main kucing je.. Jaga aku liat cket.lalala~

2) Hamster
 Aku pon penah bela mende alah ni... Spesis roboski (btol tak aku eja nih).. Chombi nama die.. Suka makan kuaci..kadang2 makan jagung..timun pon die balun... Die ni satu je aku geram.. Susah benor nk pegang die.. 'chulah' ya amat.. Nasib baik ade Mek T, yang bley handle Chombie ni.. Mek T la yg tolong mandikan die sokmo.. Aku sayang chombi ni coz die selalu teman aku study malam-malam. Al maklum la.. aku ni jenis study tyme org tdo.. Aman jerk.. Senang sket 'absorb' pe yang aku study.. Tapi riwayat die pon x bape nak panjang.. Few days before die arwah, terdapat ketumbuhan ala-ala tiroid @ begok di lehernya.. Penangan duk gigit wayar charger hanset aku...

3) Arnab
Lala nama diberi.. Riwayat die pon x panjang. Dibeli sepasang dengan Kiki(Mek T punyer).. Punca kematian x dpt diketahui.. Die ni kuat membuang..Jalan cket ade la 2,3,4,5 ketul jongkong emasnya yang terkeluar.. Mungkin ade masalah penghadaman di situ..huhu

4) Ikan
Aku penah bela ikan gak..ikan emas, guppy, etc.. tp selalunye xtahan lama.. Klo umah aku blackout, alamatnye arwah la ikan2 aku tuh.. Akhirnya, tinggal la satu ikan ni,,aku xtau nama ape..tapi ikan ni kije ni makan sisa bahan kumuh ikan2 lain.. lalala~

Erm... sekarang aku dah x bela apa2 haiwan dah.. Haiwan apakah yang patut aku bela untuk menemani aku dalam menghabiskan sisa hidup aku ni... Guana ka? Harimau ka? or mukin aku patut bela 'anak ikan'?? lalala~

Al-kisahnya, tadi tyme aku pi Kuantan Parade.. Aku ada la terserempak dengan aunty ni.. Die duk pegang pampers sambil mendukung sesuatu.. Aku x bape nampak ala ape yang didukungnya. Al-maklum la aku ni rabun cket.. Pabila aunty tu semakin dekat ngan aku.. Baru aku prasan pe mende alah yang didukungnya.. Ingat ke kucing.. Rupanya, monyet.... siap pakai seluar ungu la... Elok je die duduk diam2... Bulu die pon tersusun rapi.. Siap ade jambul lagi... Adakah aku patut membela monyet selepas ini?? Boleh upah suruh cari kutu ke..ketombe ke?? ahakxxx..
 

Hai, nama ai Atan.. Ai ade 'provide' servis cari kutu.. Nak try?? Sejam lima hengget.. kekeke~

Sunday, June 26, 2011

Mengharapkan Hari Yang Indah~

Alluu malaysia... Ari ni aku sedikit 'nano' coz terbangun awal 1 jam... tersalah set jam daa~ hoho... So, ape lg kte berblogging meta hokeyyy... Harap2 hari ini lebih indah dan lebih baik dr hari2 yg sebelumnya.. Kurniakan aku lebih kudrat tenaga dan kesabaran tuk mengharungi hari yg pasti memenatkan... Amin..

p.s: Adakah aku 'excited' sgt nk pi kje?? Ada apa dengan keje?? Hanya aku dan Dia yang tahu.. Ok chow cincau~~

Saturday, June 11, 2011

Nuvafemme- Kulit Lebih Muda dan Anjal

 
Bayangkan muka anda beberapa dekad akan datang. Pasti garis-garis kedutan ini bakal membuatkan anda tak senang duduk. Bukan itu saja, kulit anda juga akan kehilangan ketegangan dan kegebuannya. Tiada lagi pipi bak pauh dilayang. Yang tinggal hanya pipi yang kian mengendur. Bagi wanita, penampilan dan penjagaan kulit yang sempurna merupakan rahsia kelihatan menarik dan melalui batas-batas usia beransur-ansur.

Kedut bermula apabila lapisan kolagen kulit,satu rangkaian padat fiber yang member kekuatan dan ketegangan pada kulit; mula menjadi lemah dan terurai disebabkan proses penuaan semula jadi dan faktor2 luaran seperti sinar UV dari matahari. Lapisan kolagen kulit ini akan 'runtuh'dan tidak lagi mampu untuk menyokong lapisan2 kulit di atasnya., menyebabkan bahagian yg tidak rata di atas permukaan kulit muncul sebagai kedutan.

Salah satu faktor utama kulit kehilangan tekstur dan lembapannya ialah penurunan paras hormon wanita, iaitu estrogen, yang bakal menyaksikan penurunan berterusan sebagaimana wanita menungkat usianya. Walaubagaimanapun, sekarang semua wanita bisa memiliki kulit yug kelihatan muda, dan anjal dengan adanya Nuvafemme.

Bagaimana nuvafemme berfungsi?
Nuvafemme  mengandungi bahan aktif yanf di kenali sebagai genistein; iaitu isoflavon kuat yang dihasilkan dari kacang soya. Struktur unik pembentukan genestein mampu 'meniru' sifat2 hormon estrogen, lantas mengawalatur keseimbangan hormon tersebut dalam badan wanita. Setiap dos memastikan kuantiti genisteinkonsisten dan diekstrak melalui teknologi 'Pemiawaian Dua kali' (Double Standardization).

Kelebihan Genistein:
  • melambatkan pembentukan kedutan
  • memperbaiki daya elastik dan ketegangan kulit
  • Mengekalkan lembapan kulit
  • melindungi kulit dari gelap
  • menggalakkan pembentukan payudara yang lebih kenyal dan kelihatan muda.
Lain-lain manfaat kepada kesihatan:
  •  mengurangkan sistem pre-menstrual(PMS)
  • mengurangkan simptom menopous
  • mengurangkan risiko kanser
  • perlindungan KARDIO; menurunkan paras kolestrol
  • perlindungan TULANG
Arahan:
Disaranklan untuk mengambil 2 biji sehari , sebiji pada waktu pagi dan sebiji pada waktu malam.

Boleh didapati di farmasi-farmasi berdekatan, Watson and Guardian.






~Maybelline BB Cream~


Hokeyy.. entri kali ni pasal BB Cream a.k.a Blemish Balm Cream. Maybelline BB Cream klo kat iklan TV RM19.90.. But, aku beli kt Watson Kuantan time tengah sale~RM17.90. Aku beli tone 'Fresh', sesuai kot ngan kulit. Walau pon kecik n kiut je saiz nyer, tapi pasti berbaloi-baloi sebab fungsi die pon pelbagai.
Specification die:
  • Ade dua tone: 'Fresh' dan 'Natural' (untuk kulit kuning langsat dan sawo matang)
  • 18mL (Kecik &comel je)
  • SPF26/PA+++
  • Gabungan 8 bahan semulajadi
Fungsi:
  • Melembabkan kulit
  • Melindungi kulit dari sinaran UV dan radikal bebes
  • Mencerahkan kulit
  • Menyamarkan noda dan cela pada kulit.
  • act as foundation, concealer, sunblock, whitening, and moisturizer.. 
Cara-cara menggunakannya:
  • Calitkan sedikit ke bahagian muka seperti dagu, hidung, pipi dan dahi.
  • Sapu sehingga rata.
  • Sapu bedak compact(Ai pakai Maybelline AngelFit-BO2; Natural Beige Ochre).
  • Nak sapu foundation pon boleh.. tapi jgn tebal sgt..hehe..(Pilihanku Maybelline Liquid Fondation; W02-Natural Buff)
  • Pkai Eyeliner sket (Maybelline Liquid Eyeliner).. Lipgloss sket...
  • Ok.. Ready tok keluar..weee~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails