Alhamdulillah.. Aku masih lagi di
sini. Diberi peluang oleh-Nya tuk menghirup udara Augustus.
Ternyata hari-hari yang dilalui
sepanjang bulan Juli benar-benar menduga aku hamba yang tidak berdaya. Ke’suram’am
bulan Julai dimulai dengan sebuah perpisahan yang amat menyakitkan. Amat perit
sehingga merenggut ruang-ruang hati lalu tinggal kosong. Tiada lagi
gembira..gelak tawa.. yang tinggal hanya lara …
Lara kembali menjenguk di minggu
yang kedua.. Apabila abah dimasukkan ke hospital dan menjalani pembedahan tuk
membuang carbuncle di belakang
kepalanya. Kesedihan yang masih bersisa seolah rancak membuah sengsara.. Aku
buntu.. Di saat aku memerlukan seseorang tuk menyelamatkan ku dari kegelapan
malam.. ‘seseorang’ itu tiada.. Yang ada hanya aku dan aku dan Dia Maha
Pencipta.
Bagi melengkapkan lagi hatrik
rantaian sensaraku, di minggu ketiga aku terpaksa membuat keputusan yang amat drastik.. Aku tidak pasti adakah itu keputusan yang
afdal tuk dituruti. Yang pasti ia yang terbaik tuk keluarga ku. Walaupun sedih
di atas keputusan yang di buat. Aku percaya ada hikmah di sebaliknya.
Insyaallah..
Syukur ke hadratnya tiada duka di
minggu keempat.. Cuma aku sering digamit masa-masa lalu pahit tuk
dikenang. Ya Allah.. aku berharap hari esok
lagi baik dari semalam. Supaya aku tidak
tenggelam dihimpit memoir-memoir duka itu Ya Allah… Amin~
No comments:
Post a Comment